Sejarah Korea berlangsung sejak dari
Zaman Paleolitik Awal bermula kira-kira setengah juta tahun dahulu.
[1][2][3][4] Tembikar Korea terawal yang diketahui wujud sejak sekitar
8000 SM, dengan
Zaman Neolitik bermula sebelum
6000 SM, disusuli oleh
Zaman Gangsa pada sekitar
2500 SM,
[5][6][7] dan Zaman Besi sekitar
500 SM.
[8][9][10] Mengikut mitos yang diceritakan dalam
Samguk Yusa, Dinasti
Gojoseon (Joseon Lama), dinasti pertama, diasaskan pada tahun
2333 SM dan kemudian terbentang dari
semenanjung Korea ke kebanyakan
Manchuria.
[11] Menjelang
abad ke-3 SM, dinasti itu mula merosot dan akhirnya berpecah belah menjadi sebilangan negeri pewaris.Negeri
Gija Joseon diasaskan pada abad ke-12 SM. Kewujudan dan peranannya menjadi kontroversi pada era moden, dan dilihat kemungkinan sebagai mitologi.
[12] Rekod sejarah bertulis pertama tentang Gojoseon dapat dijumpai dari awal abad ke-7 SM.
[13][14] Negeri Jin dibentuk di selatan Korea pada abad ke-3 SM. Pada abad ke-2 BCE, Gija Joseon digantikan oleh
Wiman Joseon, yang
jatuh ke Dinasti Han China pada akhir abad ini. Ini mengakibatkan kejatuhan Gojoseon dan digantikan dengan negara-negara yang berperang, tempoh Proto-Tiga Kerajaan yang menjangkau Zaman Besi akhir.Pada abad pertama
Masihi,
tiga buah kerajaan (
Goguryeo,
Silla, dan
Baekje) menakluk negeri-negeri pewaris Gojoseon yang lain dan menguasai semenanjung itu serta kebanyakan Manchuria. Semasa tempoh itu, Korea memainkan peranan yang penting sebagai penghantar kemajuan
kebudayaan, dan membantu membentuk kebudayaan dan
politik Jepun yang awal. Rekod-rekod
banci dari Jepun awal menunjukkan bahawa kebanyakan golongan bangsawan Jepun mengesani jurai keturunan mereka ke semenanjung Korea. Maharaja Jepun yang terkini menyatakan bahawa "ibu
Maharaja Kammu telah dicatatkan dalam
Babad Jepun sebagai berketurunan daripada Raja
Muryong dari Baekje," dan "Beta mempercayai bahawa kita bertuah melihat kebudayaan dan kemahiran sebegitu dihantar dari Korea ke Jepun."
Kerajaan-kerajaan Korea bersaing antara satu sama lain dari segi
ekonomi dan ketenteraan. Baekje adalah lebih kuat pada kebanyakaan zaman itu dan banyak kali menewaskan serangan-serangan
Cina. Menjelang
abad ke-7, kuasa Silla beransur-ansur terbentang ke seluruh Korea dan akhirnya mengasaskan sebuah negara bersatu yang pertama yang merangkumi kebanyakan semenanjung Korea pada tahun
676. Zaman itu sering dipanggil
Silla Bersatu. Bagaimanapun, tidak lama selepas kejatuhan Goguryeo,
Dae Joyeong, bekas jeneral Goguryeo, mengetuai sekumpulan anak Korea masuk ke Manchuria timur dan mengasaskan
Balhae (
698 -
926) sebagai pengganti Goguryeo. Silla Bersatu kemudian berpecah belah pada lewat
abad ke-9 menjado
Zaman Tiga Kerajaan Akhir (
892-
936) dan berkahir dengan penyatuan melalui pengasasan Dinasti
Goryeo oleh
Wang Geon. Sementara itu, Balhae tumbang setelah pencerobohan oleh dinasti
Khitan Liao dan para pelarian termasuk putera mahkota terakhir yang berhijrah ke Goryeo, di mana putera mahkota itu disambut baik dan dimasukkan ke dalam keluarga pemerintah oleh Wang Geon, sehingga menyatukan kedua-dua negara pengganti Goguryeo.
[15][16] Semasa zaman Goryeo, undang-undang
dikanunkan, sistem perkhidmatan awam diperkenalkan, dan budaya yang dipengaruhi oleh
Buddhisme berkembang. Bagaimanapun,
pencerobohan Mongol pada abad ke-13 menundukkan Goryeo di bawah pengaruhnya hingga pertengahan abad ke-14.
[17][18]Pada tahun
1392, Jeneral
Yi Seong-gye mengasaskan
Dinasti Joseon (1392-
1910) selepas sebuah
rampasan kuasa. Raja
Sejong Agung (
1418-
1450) menyebarluaskan
abjad Hangul, abjad Korea, sebagai pilihan yang lain untuk
aksara Cina yang dahulu merupakan sistem tulisan tunggal. Zaman itu memperlihatkan berbagai-bagai kemajuan kebudayaan dan
teknologi. Antara tahun-tahun
1592-
1598,
Jepun menyerang Korea, tetapi akhirnya ditangkis dengan usaha-usaha oleh angkatan tentera laut yang diketuai oleh Laksamana
Yi Sun-sin, angkatan-angkatan tentera penentang, serta bantuan Cina. Pada dekad
1620-an dan
1630-an, Joseon mengalami serangan-serangan
Dinasti Qing Manchu.Pada dekad
1870-an, Jepun mula mengambil alih pengaruh China di Korea dan pada tahun
1895,
Maharani Myeongseong dibunuh oleh ejen-ejen Jepun.
[19] Jepun memaksa Korea memeterai
Perjanjian Eulsa yang menyebabkan Korea menjadi sebuah
negeri naungan Jepun pada tahun
1905 dan pada tahun
1910, Jepun
mengilhakkan Korea walaupun kedua-dua perjanjian tersebut tidak sah di sisi undang-undang.
[20] Rintangan Korea terhadap pendudukan Jepun terjelma dalam bentuk tunjuk perasaan
Gerakan 1 Mac besar-besaran yang tidak ganas pada tahun
1919. Selepas itu,
gerakan kemerdekaan Korea yang dikendalikan oleh
Kerajaan Sementara Republik Korea dalam buangan bergiat di kawasan-kawasan Manchuria, China, dan
Siberia yang berjiran.Dengan kekalahan Jepun pada tahun
1945,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengembangkan sebuah rancangan untuk menubuhkan pentadbiran peramanahan di bawah
Kesatuan Soviet dan
Amerika Syarikat, tetapi rancangan itu dihentikan tidak lama kemudian. Pada tahun
1948, kerajaan-kerajaan baru ditubuhkan, dan Korea dibahagikan kepada
Korea Selatan demokrasi dan
Korea Utara komunis pada selarian latitud ke-38. Ketegangan pembahagian yang tidak diatasi akhirnya mencetuskan perang Korea pada tahun
1950 ketika Korea Utara menyerang Korea Selatan.